السلام عليكم اهلا وسهلا ومرحبا بكم

Tuesday 7 May 2013

Sambutan Bulan Dakwah Peringkat Kolej

Pada 11 Feb-11 Mac 2013,Panitia Pendidikan Islam Kolej Vokasional Dato' Undang Hj Muhamad Sharip telah mengadakan Program Bulan Dakwah di peringkat kolej. Program ini berlangsung selama sebulan.

Antara objektif utama program ini diadakan ialah :
  1. Berusaha secara bersama dalam menangani permasalahan ummah dalam membina hadharah.
  2. Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan menyeluruh.
  3. Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.
  4. Memberi kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab untuk berdakwah.
  5. Menggambarkan agama Islam agama yang syamil dan kamil. 
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang bulan dakwah ialah:
  • Pertandingan tulisan
  • Kuiz agama kategori guru dan pelajar
  • Membaca petikan jawi dan tulisan jawi
  • Ceramah 
 Sorotan aksi bergambar sepanjang program.... :)
pelajar terpilih memperdengarkan alunan ayat suci al-Quran beserta terjemahan.....


aktiviti membaca petikan jawi oleh pelajar yang dipilih.....